Wednesday 10 July 2024

Db trip. Apa perlu buat?

💡Tips and tricks!! 



"Db trip. Kenali simptom." 

KABEL (LIVE-NEUTRAL) SHORTING
1) Mcb jatuh/trip apabila on suis
2) Mcb jatuh/trip apabila on soket

Cara menaikkan semula mcb
1) Offkan suis/soket yang menyebabkan mcb trip
2) Naikkan semula mcb yang jatuh
3) Jika masalah berlarutan, jangan guna suis/soket tersebut

KABEL (LIVE-EARTH) SHORTING
1) Rccb/elcb jatuh apabila on suis/soket
2) Rccb/elcb jatuh/trip secara tiba-tiba tidak kira masa
3) Satu rumah blackout

Cara menaikkan semula rccb/elcb
1) Offkan kesemua breaker(main switch, rccb, mcb) 
2) On dahulu main switch, kemudian diikuti rccb/elcb
3) kemudian on mcb satu persatu. 
4) Jika mcb berkenaan yang on dan rccb trip, maka anda perlu biarkan mcb tersebut dalam keadaan off. 
5) Ulang semula dengan menaikkan semula rccb, dan on kan mcb yang berikutnya

KABEL (NEUTRAL-EARTH) SHORTING
1) Rccb/elcb jatuh/trip secara tiba-tiba tak kira masa
2) Satu rumah blackout
3) Masalah ini kebiasaannya memerlukan emergency troubleshoot
4) elcb tidak dapat dinaikkan walaupun kesemua mcb dalam keadaan off
5) Jika berlaku shorting yang amat sedikit, iaitu ia mengambil masa untuk trip. Multimeter tidak mampu untuk trace kabel yang menyebabkan shorting
6) Hanya alat insulation tester sahaja mampu mengesan. (Gambar 2) 

Cara menaikkan semula rccb/elcb
1) Anda hanya perlu naikkan semula rccb/elcb yang telah jatuh
2) Jika masalah dibiarkan berlarutan, lama kelamaan elcb akan lebih kerap trip, sehingga tidak boleh dinaikkan semula

Selain itu, breaker yang sudah terlalu lama juga boleh menyebabkan masalah trip, iaitu bukan daripada masalah kabel shorting. Maka penggantian breaker baru perlu dibuat.

Jika anda ingin menyelesaikan masalah seperti di atas, anda boleh menghubungi kami 011-6939 0792 

Facebook: Pendawaian Rumah Jb

Bagi kerja-kerja troubleshoot, kami menggunakan alat pengujian seperti gambar 2. Alat pengujian ini (insulation tester/megger tester) dapat membantu trace kabel yang shorting/bermasalah.

*breaker - main switch, rcd, rccb, elcb, mcb
*shorting - short-circuit, litar pintas
*Db - distribution box, kotak db, kotak fius agihan, breaker box

#wiringjohorbahru 
#troubleshootwiring 
#InspectionWiring 
#shortcircuit 
#litarpintas 

Skudai, Kangkar Pulai, Pulai Indah, Pulai Utama, Tampoi, Plentong, Pasir Gudang